Ha, nengok tajuk macam xkena je kan dengan apa yang aku nak sampaikan? Read through sampai abes, maybe akan tercalit sedikit mengenai pengantin (nak suh korang baca sampai abes gak). Hew hew hew.
Seperti yang korang sedia maklum, aku konvo awal bulan Oktober, tetapi kehangatannya maseh terasa (konon macam tagline F1 kat Sepang la). Haha! Nak pulak ada cerita menarek. Tergelak guling² kot bila tau pasal benda neh (seyyus aku ROFL ketika kat uma sewa – tak tipu).
Mr M. Dia ne antara best buddies aku kat UTeM. Al maklumlah satu kos, satu rumah dan satu kepala. Pada tahun ke-2 pengajian kami, dia ada benda nak kasik tau aku, tapi Mr M ikat aku dengan kontrak. Kontrak ape? Mr M cakap, dia akan bagitau aku selepas kami tamat pengajian. Hanj sangat kan perangai Mr M. Tapi da nama best bud, aku bersabar la. Setiap sem aku pujuk die, mintak gtau ape benda yang die nak cakap (ni kes aku takot die tau dirty secret aku la – kah kah kah). Bayangkan sem 4, sem 5, sem 6, sem 7 dan sem 8 (merangkap sem akhir) aku akan tanyakan soalan yang sama, namun aku hampa (sangat drama Melayu – hew hew hew). Sampai aku nak balek selepas da abes final paper untuk last semester, aku tanya soklan yang sama, namun aku maseh menemui jalan kegagalan (sahih terikut² drama Nur Kasih). Selepas dari konvo, aku tidak menemui atau bersua muka pun dengannya. Sedih gell. Pastu bila da balek Rawang, Mr M mesej aku. Kandungan mesej die? Ha, hambek…
Bro.. sebenarnye.. aku ngan ko adalah group yang same masa mhs.. abang amir pon fasi aku jugak.. sbb 2 aku kenal sarah.. kembor.. n yg lain la.. tp sampai hati ko x ingat aku satu group ngan ko.. tiap kali kita terserempak dengan dak group kite.. ko perkenalkan diorang kat aku seolah2 aku ni group lain.. n yg paling kelakarnye.. ko ckp abg amir 2 fasi ko je.. die pun fasi aku gak.. huhu.. mse 2 rasa nak gelak je.. tp aku simpan sampai skrg kn.. so… teka-teki telah terjawab.. jgn fenin2 lg ye.. selamat bekerja n moge jumpe laei bulan dpn d melaka dlm bilik kuliah.. huhu..
Kalo korang nak tau, MHS tu stands for Minggu Haluan Siswa, which minggu orientasi pelajar baru. Aku tidak sedar akan kehadiran Mr M dalam kumpulan aku. Selepas aku baca mesej ne, aku memang TIDAK berhenti senyum selama at least 3 jam sampai production executive dalam Quality Control Department leh tegur aku, sebab aku asyik tersengeh jek. Begitulah cerita antara aku dan Mr M.
Kini.... Mr M da kawen. Mr M yang dimaksudkan ialah Muhd Muslim Bin Abu Bakar atau lebih dikenali dengan Malim. Malim da kawen. Ya, sudah kahwin! Alhamdulillah. Tanggal 18 Oktober lepas menjadi tarikh pilihan untuk bersama dengan gadis pilihan hatinya. Tahniah Muhd Muslim Bin Abu Bakar dengan Nor Safawatie Mohd Nor… Gambar² di bawah ne adalah majlis yang tidak dapat aku hadiri…

Sekali nafas jek. Sekali cubaan. Hehe.
Alhamdulillah…
Muhd Muslim & Nor Safawatie P/S: Ranking yang akan kahwin dulu dalam kalangan dak uma aku ternyata benar. Kini, tunggu giliran Bacan plak. Kan Azli (penyenarai ranking terbaek) kan? Hehe.
P/S/T: Malim, nak wat majlis raja sehari jangan lupa ajak ea. Hew hew hew.
P/S/T/U: Masa aku maseh panjang lagi untuk bergelar bujang. Aku menanti seseorang… La la la…~~~